MUKTAMAR TAHUNAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Pertembungan dua ulama
Jun 04, 2015 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Sesi pemilihan kepimpinan baru Parti Islam SeMalaysia (PAS) bakal menjadi perhatian dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung hari ini hingga Sabtu.
Pada pemilihan kali ini, Presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang, akan dicabar mantan Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang.