Pertemuan 662 'Charlie Chaplin'...

BERN (Switzerland): Peminat pelawak terkenal dunia, Charlie Chaplin, berhimpun di Manoir de Ban di Vevey, Switzerland, semalam (16 April) sebagai meraikan ulangtahun pertama muzium yang dibangunkan khusus bagi memperingati pelakon terkenal era 'bisu' itu.

Ini disamping merayakan ulangtahun ke-128 mendiang.

Kerjaya Charlie Chaplin menjangkau lebih 75 tahun, dari zaman kanak-kanak semasa era Victoria sehinggalah setahun sebelum kematiannya pada 1977, yang menyaksikan kedua-dua pemujaan dan kontroversi melibatkan dirinya.

Seramai 662 orang hadir, mencatatkan satu rekod dunia bagi perhimpunan 'pesona' Charlie Chaplin.

Ia diadakan di Chaplins World, yang merupakan sebuah muzium yang mengetengahkan kehidupan dan kerjaya pelawak itu dan terletak di Manoir de Ban dan di taman di mana Chaplin keluarganya tinggal antara 1952 hingga 1977.