Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertemuan manis anak-ibu selepas terpisah 70 tahun

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



DHAKA: Seorang lelaki Bangladesh berusia 80-an tahun bersatu semula dengan ibunya yang berusia hampir 100 tahun selepas kira-kira 70 tahun terpisah hasil media sosial.



Encik Abdul Kuddus Munsi dihantar untuk tinggal bersama bapa saudaranya ketika berusia 10 tahun, tetapi terputus hubungan dengan keluarganya selepas melarikan diri dan diambil serta dijaga oleh dua saudara perempuan.



"Ini adalah hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Encik Abdul Kuddus, 82 tahun, kepada AFP dari Brahmanbaria, daerah sempadan timur tempat beliau dilahirkan pada 1939.



Pada April lalu, seorang ahli perniagaan menyiarkan video Encik Abdul Kuddus di Facebook, memohon pertolongan untuk mencari ibu bapanya.



Satu-satunya yang masih diingati beliau mengenai dekad pertamanya adalah nama orang tua dan kampungnya.



Seorang saudara keluarganya di kampung itu melihat catatan Facebook itu dan memberitahu Encik Abdul Kuddus bahawa ibunya, Cik Mongola Nessa, yang dianggarkan berusia lewat 90-an, masih hidup.



Justeru, Encik Abdul Kuddus - ayah tiga anak lelaki dan lima anak perempuan - sanggup menempuh perjalanan kira-kira 350 kilometer dari bandar Rajshahi di barat, demi mengakhiri perpisahan selama beberapa dekad.



Baru-baru ini, Encik Abdul Kuddus akhirnya bertemu kembali dengan ibunya, yang mengenalinya menerusi tanda lahir di tangannya, selain bertemu dengan adiknya.



"Ibu saya sangat tua dan dia tidak dapat bercakap dengan betul," tambahnya.



"Dia menangis selepas melihat saya dan memegang tangan saya. Saya memberitahunya bahawa anak anda kembali dan anda tidak perlu risau apa-apa lagi mulai sekarang."



"Mereka berpegangan tangan dan menangis lama kerana bersatu kembali," kata anak saudara Encik Abdul Kuddus, Encik Shafiqul Islam, kepada AFP.



"Ratusan penduduk kampung yang melihat keadaan luar biasa ini juga kelihatan menitiskan air mata."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >