Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertubuhan niaga M'sia optimis varian Omicron tidak akan jejas VTL dengan SG

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pertubuhan niaga Malaysia melahirkan rasa optimis kemudahan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) untuk kemasukan menerusi sempadan darat tidak akan terjejas meskipun varian Omicron telah dikesan di Malaysia dan Singapura.



Pelaksanaan VTL dua hala yang dilaksanakan mulai 29 November lalu dibenarkan untuk 2,880 pengembara sehari - menerusi pengangkutan bas khusus - untuk mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya, dan bergantung kepada hasil ujian Covid-19.



Ia terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas jangka panjang.



Penasihat Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Johor Selatan, Encik Teh Kee Sin berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang kini diamalkan menggariskan keseriusan pentadbiran kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di kedua-dua belah Tambak.



"Pengembara menggunakan VTL-Darat semuanya telah divaksinasi dan mesti menjalani pemeriksaan Covid-19 sebelum mereka memulakan perjalanan, dan menjalani satu lagi ujian sebaik tiba di sini atau di Singapura.



"Varian Omicron telah dilaporkan muncul di Malaysia dan Singapura tetapi sangat terpencil dan kita punya pengalaman dalam menangani pelbagai varian yang timbul pada masa lalu," katanya.



Tambah Encik Teh, VTL-Darat baru sahaja bermula dan semua orang mesti bekerja rapat demi memastikan ia berjaya, yang akan membolehkan lebih ramai pengembara, terutamanya rakyat Malaysia, untuk kembali bekerja di Singapura.



Sementara itu, Kerajaan Malaysia memutuskan agar pengembara asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari negara berisiko akibat penularan varian baharu Covid-19, Omicron, akan dipakaikan alat penjejakan digital sepanjang tempoh kuarantin.



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berkata kelmarin, penggunaan peranti digital terbabit adalah antara usaha kerajaan untuk terus mempertingkat kawalan keselamatan di pintu masuk negara, terutama bagi membendung penularan varian membimbangkan (VOC) itu. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >