Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertukaran tahanan dengan pemberontak Yaman diteruskan

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



SANAA: Pemerintah Yaman berkata perbincangan mengenai pertukaran beribu-ribu tahanan dengan pemberontak Houthi masih diteruskan.



Golongan pemberontak kelmarin berkata bahawa mereka mencapai perjanjian dengan pemerintah, yang akan menyaksikan 1,400 tahanan Houthi ditukar kepada 804 daripada tentera pemerintah dan sekutu.



Namun, Encik Hadi Haig, ketua jawatankuasa tahanan pemerintah, berkata tiada perjanjian muktamad dan perjanjian itu terus dibincangkan.



Sebaik sahaja ada kelulusan muktamad, utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman akan memaklumkannya melalui surat rasmi, kata Encik Haig dalam satu kenyataan.



Pemberontak pada hari Sabtu lalu telah mengumumkan penghentian permusuhan selama tiga hari dan menawarkan untuk membebaskan tahanan pakatan sebagai balasan kepada tahanan Houthi.



Gencatan senjata itu bermula pada 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Singapura) pada Ahad, kata agensi berita Saba yang dikawal pemberontak.



Dalam kenyataan awalnya, Encik Abdulqader Al-Murtadha, ketua jawatankuasa tahanan Houthi, berkata perjanjian itu akan menyaksikan 1,400 banduan Houthi ditukar kepada 804 daripada pasukan pemerintah dan sekutu.



Mantan menteri pertahanan, Mahmoud Al-Subaihi dan Nasser Mansur Hadi, abang presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi, adalah antara tahanan yang akan ditukar.



Perjanjian itu juga akan melibatkan 16 tahanan Saudi dan tiga warga Sudan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >