Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertumbuhan 6.9% GDP China paling rendah dalam enam tahun

Oct 20, 2015 | 08:47 AM



BEIJING: Ekonomi China mencatat prestasi terburuk sejak krisis kewangan global, menurut angka rasminya pada Isnin (19 Okt), dengan penganalisis memberi amaran ia mungkin bertambah buruk dan Beijing perlu melakukan lebih banyak untuk mengelakkan kemerosotan ketara.


Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) ekonomi kedua terbesar di dunia itu meningkat hanya 6.9 peratus pada suku ketiga tahun ini - paling rendah dalam tempoh enam tahun.


Angka itu meningkatkan kebimbangan mengenai kesihatan ekonomi sejagat, dan beberapa penganalisis bimbang ia telah dimanipulasi untuk mengurangkan keseriusan keadaan.


"Pertumbuhan ekonomi China masih lembap dengan banyak risiko kekal tidak dapat dihurai," kata Ketua Ekonomi bagi China Raya Kumpulan Bank ANZ, Dr Liu Ligang.


"Kita tidak boleh terlalu yakin. Pertumbuhan ekonomi China akan terus perlahan," kata beliau sambil menambah beliau menganggarkan GDP negara itu berkembang 6.4 peratus tahun depan.


Angka pertumbuhan ekonomi China dari Biro Perangkaan Negara itu yang terburuk sejak suku pertama 2009, walaupun ia lebih tingi sedikit daripada ramalan median dalam satu tinjauan penganalisis oleh AFP.


Penganalisis kini secara meluas menjangka Beijing meningkatkan lagi perbelanjaan fiskal dan melonggarkan dasar kewangan bagi mengelakkan kelembapan yang lebih teruk. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >