Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perubahan iklim bakal gugat ekonomi negara tidak kira kaya atau miskin

Aug 21, 2019 | 09:58 AM



NEW YORK - PERUBAHAN iklim bakal menggugat ekonomi negara, tidak kira mereka kaya atau miskin, panas atau sejuk, menjelang 2100, kata ahli ekonomi dalam satu laporan baru.



Laporan itu turut menghakis kepercayaan bahawa hanya negara miskin, dan yang bersuhu panas, akan menghadapi derita yang paling ketara akibat pemanasan bumi.



Penyelidik, yang telah menganalisi data dari 174 negara dalam tempoh 50 tahun, mendapati bahawa perubahan suhu yang berterusan, sama ada lebih tinggi atau rendah daripada yang telah dicatatkan dalam sejarah, bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.



Laporan itu turut meramalkan Amerika Syarikat akan mengalami kerugian 10 peratus pada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), jika dasar negara tersebut tidak diubah suai.



"Kami di UK mengalami hari yang paling panas yang pernah dicatatkan beberapa hari lalu, yang menyebabkan kemudahan infrastruktur terhenti," jelas Dr Kamiar Mohaddes, seorang profesor ekonomi di Universiti Cambridge kepada Yayasan Thomson Reuters pada Selasa (Ogos 20).



"Keretapi tidak bergerak menyebabkan ramai orang menghadapi masalah. Sebab itu, kadar produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jatuh," katanya.



Sebelum laporan penyelidikan yang disokong oleh penyelidik dari Universiti Cambridge, Universiti California Selatan, Universiti Johns Hopkins, Universiti Kebangsaan Tsinghua dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) , penyelidikan lain sering menumpukan perhatian kepada kemusnahan yang bakal dihadapi negara-negara miskin dan panas pada jangka pendek akibat perubahan iklim.



Laporan baru ini memberi pandangan berbeza, di mana penyelidik mendapati kadar kekayaan dan suhu yang lebih rendah sesebuah negara tidak bakal melindungi ekonomi negara tersebut daripada mengalami kejatuhan, jika perubahan pada dasar utama negara enggan diambil.



Jika tidak terdapat sebarang perubahan terhadap cara perusahaan dijalankan sekarang, penyelidik meramalkan suhu alam purata akan meningkat sebanyak empat darjah Celsius menjelang 2100.



Hal ini akan menyebabkan kerugian sebanyak tujuh peratus pada GDP setiap negara di dunia, menurut Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan Amerika Syarikat, sebuah pertubuhan penyelidikan ekonomi tidak berlandaskan keuntungan, yang juga telah menerbitkan laporan baru tersebut. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >