Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perubahan iklim: China tidak akan bina lagi loji arang batu

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Pemimpin China Xi Jinping berkata negaranya tidak akan membina loji arang batu baru di luar negara, menggunakan ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin untuk memberi ikrar dalam usaha menangani perubahan iklim.



Namun Encik Xi tidak memberi perincian, tetapi bergantung pada bagaimana dasar itu dilaksanakan, langkah tersebut akan membataskan pembiayaan loji arang batu secara ketara di negara membangun.



China menghadapi tekanan diplomatik kuat untuk menghentikan pembiayaan loji arang batu di luar negara kerana ini dapat mempermudah dunia untuk memenuhi matlamat perjanjian iklim Paris untuk mengurangkan pelepasan karbon.



Pengumuman Encik Xi mengikuti langkah serupa oleh Korea Selatan dan Jepun pada awal tahun ini, dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan utusan iklim Amerika Syarikat John Kerry juga telah mendesak China untuk mengikuti jejak rakannya di Asia.



"China akan meningkatkan sokongan pada negara membangun lain dalam mengembangkan tenaga hijau dan rendah karbon dan tidak akan membangun projek tenaga arang batu baru di luar negeri," kata Encik Xi dalam satu ucapan video yang dirakam pada pertemuan tahunan PBB, dengan beliau juga menekankan niat damai China dalam hubungan antarabangsa.



Encik Kerry dengan segera menyambut baik pengumuman Encik Xi, menyebutnya sebagai "sumbangan besar" dan permulaan baik kepada usaha yang diperlukan untuk mencapai kejayaan pada Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP26) pada 31 Oktober hingga 12 November di Glasgow, Scotland.



"Kami telah lama berbincang dengan China mengenai perkara ini. Dan saya sangat gembira mendengar Presiden Xi telah membuat keputusan penting ini," kata Encik Kerry dalam satu kenyataan.



Ketua COP26 Alok Sharma juga memuji pengumuman itu.



"Kini sudah jelas tentang nasib tenaga arang baru. Saya mengalu-alukan komitmen Presiden Xi untuk menghentikan pembinaan projek arang batu baru di luar negara - topik utama perbincangan saya semasa lawatan saya ke China," katanya di Twitter.



Encik Xi berucap setelah Presiden AS Joe Biden memberi ucapan pertamanya di PBB.



Encik Xi mengulangi janji pada tahun lalu bahawa China akan mencapai puncak dalam pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 dan peneutralan karbon sebelum 2060. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >