Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat EgyptAir hilang dalam penerbangan dari Paris ke Kahirah

May 19, 2016 | 12:31 PM



SEBUAH penerbangan EgyptAir hilang dalam penerbangan dari Paris ke Kahirah, umum syarikat penerbangan itu melalui tweet pada Khamis (19 Mei).



Kejadian itu berlaku kurang dua bulan selepas satu penerbangan EgyptAir ke Kahirah dirampas oleh seorang lelaki Mesir dan dialihkan ke Cyprus dalam satu insiden pelik.



"Satu sumber berpengetahuan di EGYPTAIR menyatakan bahawa penerbangan no. MS804, yang berlepas dari Paris pada 23:09 (CET), menuju ke Kahirah hilang daripada radar," kata tweet itu.



EgyptAir kemudian mengirim satu lagi tweet untuk mengatakan sumber tersebut adalah "sumber rasmi".



Penerbangan MS804 terputus hubungan dengan radar pada 2.45 pagi waktu Kahirah (8.45 pagi waktu Singapura), ujar EgyptAir kira-kira tiga jam selepas pesawat itu hilang.



Menurut laporan, terdapat 59 penumpang dan 10 anak kapal dalam penerbangan itu. Flightradar24 berkata pesawat berkenaan ialah jenis Airbus A320-232 dan kedudukan terakhirnya yang diketahui ialah di ruang udara Laut Mediterranean.



Pesawat tersebut berada pada 37,000 kaki dan hilang kira-kira 130 km dan 10 minit selepas memasuki ruang udara Mesir, menurut tweet syarikat penerbangan itu.



"EGYPTAIR telah menghubungi pihak berkuasa dan badan-badan berkenaan dan pemeriksaan sedang dijalankan melalui pasukan penyelamat," kata syarikat penerbangan itu



Kementerian Penerbangan Awam Mesir mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat sedang mencari pesawat itu, Reuters melaporkan.



Menurut sumber-sumber tentera, Mesir dan Greece telah mengerahkan pesawat tentera dalam operasi mencari dan menyelamat, ujar portal berita bebas Mesir Streets.



Pada Mac, seorang lelaki Mesir berusia 58 tahun merampas sebuah pesawat EgyptAir dengan 55 penumpang dengan menggunakan tali pinggang bunuh diri palsu dan memaksa ia dialihkan ke Cyprus.



Kebanyakan penumpang dibebaskan dengan cepat selepas pesawat itu mendarat, tetapi rundingan mengambil masa enam jam, termasuk perbualan dengan bekas isteri lelaki itu, sebelum dia menyerah diri kepada polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >