Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat kecil bawa sembilan orang hilang di Papua, misi cari dan menyelamat dilaksana

Aug 11, 2018 | 06:48 PM



JAYAPURA (INDONESIA): Pesawat kecil yang membawa sembilan orang hilang pada Sabtu (11 Ogos) semasa penerbangan jarak dekat di kawasan gunung-ganang di Timur Indonesia, kata pihak berkuasa.



Misi mencari dan menyelamat telah dilaksanakan.



Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu hilang hubungan dengan menara kawalan trafik udara semasa penerbangan sekitar 40 minit di wilayah pedalaman Papua, kata polis.



“Penduduk kampung di Okatem melaporkan mereka mendengar ngauman kuat dari pesawat, diekori dentuman yang kuat,” kata ketua polis wilayah Bintang Michael Mumbunan, bercakap kepada AFP.



Pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke sana, tetapi mereka memerlukan sehingga tiga jam untuk sampai ke kawasan di mana pesawat disyaki jatuh terhempas, tambahnya.



Pesawat itu membawa tujuh penumpang, termasuk seorang kanak-kanak dan dua kru.



Ia dimiliki Dimomim Air, syarikat privet yang menyediakan khidmat sewa pesawat di Papua dan sekeliling wilayah itu.



Menurut AFP, Indonesia amat bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan ribuan kepulauan di negara itu, tetapi ia mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk dan telah mengalami beberapa insiden pesawat terhempas dalam tahun-tahun sebelum ini.



Papua berada di kawasan yang amat sukar dijelajahi.



Lima orang maut selepas pesawat kecil jatuh terhempas berhampiran Wamena di wilayah Papua pada Julai tahun lalu.



 Pada Ogos 2015, pesawat penumpang komersial yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Indonesia Trigana jatuh terhempas di Papua kerana cuaca buruk. Semua 54 orang di dalamnya terbunuh.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >