Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pesawat Lion Air yang terhempas mempunyai penunjuk laju udara yang rosak pada empat penerbangan terakhir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pesawat Lion Air yang terhempas mempunyai penunjuk laju udara yang rosak pada empat penerbangan terakhir

Nov 06, 2018 | 02:50 PM

JAKARTA/WASHINGTON: Penyiasat nahas Indonesia berkata penunjuk laju udara pesawat Boeing Co 737 Max yang terhempas minggu lalu rosak bagi empat penerbangan terakhirnya, tetapi pihak berkuasa Amerika Syarikat bertindak balas dengan berhati-hati terhadap cadangan pemeriksaan seluruh kumpulan kapal terbang.

Kerosakan pada pesawat Lion Air yang terhempas ke laut dan membunuh semua 189 penumpang itu didedahkan selepas data dimuat turun daripada perakam data penerbangan pesawat, ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia Soerjanto Tjahjono memberitahu wartawan semalam (5 November).

Agensinya sedang menyoal Boeing dan pihak berkuasa Amerika apa tindakan harus diambil bagi mencegah masalah yang sama pada pesawat jenis ini di seluruh dunia, tambahnya.

"Kami sedang merumuskan, dengan NTSB dan Boeing, pemeriksaan terperinci mengenai penunjuk laju udara," katanya, merujuk kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika.

Pemangku pentadbir bagi Pentadbiran Penerbangan Federal Amerika (FAA) Dan Elwell berkata FAA dan NTSB mempunyai pasukan pakar di Indonesia atas permintaan pemerintah.

"Sebarang tindakan yang FAA akan ambil berkaitan insiden itu perlu tunggu sehingga kami mempunyai dapatan, sehingga kami mempunyai maklumat," kata Elwell di Washington.

Indonesia belum secara rasmi meminta pemeriksaan seluruh kumpulan pada pesawat 737 Max dan tiada yang direncanakan sementara menunggu lebih banyak data, kata sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.

Penyiasat belum mendedahkan sebarang laporan tentang kegagalan laju udara lain pada pesawat itu. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3