Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Dunia0

Pesawat pengebom AS masuk ruang udara Korea Utara

Sep 24, 2017 | 04:19 PM

WASHINGTON: Pesawat pengebom dan penggempur Amerika Syarikat (AS) terbang melalui pantai Korea Utara semalam sebagai bantahan terhadap program senjata nuklearnya sekali gus memburukkan lagi hubungan kededua negara yang sedia tegang.

Sebelum ini, menteri luar negara yang dipinggirkan itu mengecam Donald Trump sebagai pemimpin 'berpenyakit mental' di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala presiden AS membalas dengan ancaman baru di Twitter.

Episod berbalas retorik berterusan selepas dunia merasa terancam dengan cita-cita persenjataan Pyongyang termasuk cadangan negara itu minggu ini yang sedang mempertimbangkan untuk meletupkan bom Hidrogen di Pasifik.

Pesawat pengebom AS pernah melakukan penerbangan serupa sebelum ini, ketika AS dan masyarakat antarabangsa berjuang untuk mengawal program senjata Korea Utara.

Pentagon menegaskan ini adalah penerbangan di Zon Bebas Ketenteraan (DMZ) yang paling jauh ke utara pernah dilakukan mana-mana pesawat pejuang atau pengebom AS dari pantai Korea Utara pada abad ini.

"Misi ini adalah gambaran kesungguhan dan mesej jelas AS, bahawa presidennya memiliki banyak pilihan ketenteraan untuk mematahkan sebarang ancaman," kata jurucakap Pentagon, Dana White. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map