Pesawat QZ8501: Objek menyerupai mayat ditemui, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Pesawat QZ8501: Objek menyerupai mayat ditemui

Dec 30, 2014 | 03:48 PM

PASUKAN tentera udara Indonesia dilapor menemuI objek yang dipercayai tubuh manusia di kawasan perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat.

Menurut laporan portal tempatan, Detik News, penemuan terbaru itu dicatatkan melalui pemantauan oleh sepasukan anggota tentera yang menaiki pesawat Hercules A1319, kurang sejam selepas penemuan sejumlah objek dipercayai termasuk pintu pesawat dan gelongsor kecemasan milik pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.

Laporan Kompas.com pula menyatakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 dari Lanud Halim Perdanakusuma, Leftenan Satu Penerbang Tri Wibowo, menyatakan, objek-objek yang dilihat terapung di Selat Karimata, berada di perairan sekitar daerah Ketapang, Kalimantan Barat, menyerupai manusia, beg pakaian, pelampung, dan serpihan pesawat. 

Menyentuh tentang objek yang menyerupai manusia, Leftenan Tri Wibowo berkata, pada awalnya ia dilihat seakan manusia yang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia adalah "seperti jasad manusia yang sudah membengkak". 

"Tadi selepas saya lihat awalnya seakan manusia mendada kerana melihat pesawat tetapi selepas didekati, kelihatannya jasad sudah membengkak dan jasad kelihatan begitu kerana kena ombak," kata Leftenan Tri di Lapangan Terbang Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, tadi. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Berdasarkan lokasi yang ditunjukkan oleh Tri di peta, kawasan penampakan objek-objek tersebut berada di sekitar Teluk Air Hitam. Objek-objek berkenaan dikesan sekitar 12 tengah hari waktu Singapura, dan dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8510, setelah lebih kurang lima jam pesawat melakukan usaha pengesanan di daratan, pantai, dan lautan di wilayah bahagian selatan Kalimantan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map