Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat SIA dipesong ke lapangan terbang kecil di NY ekoran ribut salji

Jan 06, 2018 | 05:30 AM



NEW YORK: Ribut musim sejuk teruk memaksa sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) memesongkan penerbangan ke lapangan terbang New York kelmarin, selepas angin kencang dan salji menutup landasan di destinasi asal Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.



Seramai 325 penumpang penerbangan SIA 26 dari Frankfurt, Jerman, mendapati mereka berada di landasan bersalji sekitar 1 petang waktu tempatan lebih tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Stewart, kira-kira 129 kilometer ke utara JFK, lapor CNBC.



Ia pesawat Airbus A380, jet penumpang terbesar di dunia.



Penumpang meninggalkan pesawat itu selepas 5 petang waktu tempatan menggunakan tangga luar, menurut seorang penumpang, Encik Manoel Gerlach.



Pemandangan pesawat gergasi itu, yang sayapnya yang sepanjang 262 kaki lebih dua kali ganda daripada sayap Boeing 737, adalah luar biasa bagi lapangan terbang tersebut, yang jauh lebih kecil daripada JFK.



Pada 2016, lapangan terbang itu mengendalikan 137,000 penumpang berbanding 29 juta di JFK, menurut Jabatan Pengangkutan.



Penerbangan itu salah satu daripada berpuluh-puluh yang dipesong apabila angin kencang dan salji teruk menutup landasan di beberapa lapangan terbang paling sibuk di sepanjang Pantai Timur Amerika, termasuk beberapa penerbangan jarak jauh antarabangsa.



Laman yang menjejak pesawat Plane FlightAware berkata terdapat sekurang-kurangnya 96 pengalihan disebabkan ribut.



Lebih 3,600 penerbangan dibatalkan dan syarikat penerbangan membatalkan ratusan lagi semalam, menurut CNBC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >