PERCUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKEY
Pesawat SIA ke Istanbul berpatah balik ke S'pura
Jul 17, 2016 | 05:30 AM
SEBUAH pesawat syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Istanbul berpatah balik dan pulang ke Singapura pagi semalam, menyusuli percubaan rampasan kuasa tentera di Turkey.
Penerbangan SQ392 - sebuah pesawat Boeing 777-200 - berpatah balik ke Singapura dalam perjalanan ke Istanbul, menurut seorang jurucakap SIA.