Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak hilang kontak

Jan 09, 2021 | 07:07 PM



JAKARTA: Khidmat penerbangan Indonesia, Sriwijaya Air (Penerbangan 182), terputus hubungan dengan penguasa penerbangan Indonesia hanya beberapa ketika selepas berlepas dari Jakarta pada Sabtu (9 Januari), jelas agensi mencari dan menyelamat Indonesia.



Data FlightRadar24 menunjukkan bahawa pesawat itu merupakan daripada siri Boeing 737-500.



Media di Indonesia melaporkan bahawa pesawat itu sedang dalam perjalanan ke Pontianak di wilayah Kalimantan Barat.



Dalam satu kenyataannya, Sriwijaya Air berkata ia masih lagi mengumpulkan maklumat terperinci mengenai penerbangan ini sebelum membuat sebarang ulasan.



Maklumat awal menyatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 56 penumpang yang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.



Pesawat dikatakan berlepas dari Jakarta sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan.



Menurut pemantauan laman FlightRadar, pesawat itu terputus hubungan di kedudukan 11 batu nautika di luar garis pantai Jakarta ketika menanjak dari ketinggian 11,000 kaki menuju ke 13,000 kaki.



Laman Astro Awani melaporkan, masih terlalu awal untuk memperincikan nasib pesawat berkenaan, namun pada saat ini proses siasatan sudah dimulakan dan pihak Kementerian Pengangkutan negara itu sedang menyelaras bersama Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) serta Jawatankuasa Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT).



Maklumat dari Basarnas menyatakan, mereka mengenal pasti isyarat kecemasan di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang.



Dalam perkembangan berkaitan pada Sabtu, sekitar jam 6 petang waktu tempatan, saluran berita Kompas TV sudah melaporkan tentang penemuan 'serpihan' di perairan Kepulauan Seribu. - Bloomberg/Reuters/Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >