JAKARTA: Sebuah pesawat tentera Indonesia Hercules C-130 terhempas dan menimpa hotel dan beberapa kediaman di Medan, Sumatera, mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang terkorban, menurut seorang jurucakap tentera tadi.
Televisyen Indonesia menyiarkan rakaman video tidak jelas dari bandar raya itu menunjukkan bangkai pesawat berkenaan terbakar.
"Maklumat terbaru yang diterima ialah 30 orang terkorban... Bilangan korban boleh meningkat," kata Encik Hisar Turnip, seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia.
Pesawat itu dalam perjalanan dari pangkalan tentera udara di Medan dan sedang menuju ke kepulauan Natuna dan terhempas selepas berlepas. - Agensi