Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pesawat terhempas di Taiwan, 47 orang terkorban

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pesawat terhempas di Taiwan, 47 orang terkorban

Jul 23, 2014 | 10:38 PM

SEBUAH pesawat TransAsia Airways yang membawa 58 orang dari bandar Kaohsiung di Taiwan telah terhempas menghempap dua rumah mengakibatkan beberapa dozen orang terbunuh tadi.

Menteri Pengangkutan Taiwan Yeh Kuang-shi mengesahkan bahawa 47 orang mati dan 11 cedera.

Menurut media setempat, penerbangan GE222 yang menuju ke bandar Magong di Pulau Penghu, dekat barat Taiwan, dijadualkan berlepas dari Kaohsiung sekitar 4 petang waktu tempatan.

Namun penerbangan tersebut ditangguh kerana angin kencang sehingga 7.06 petang apabila juruterbang meminta untuk berlepas.

Tetapi pusat kawalan udara hilang hubungan dengan juruterbang sejurus selepas pesawat itu berlepas.

Pesawat malang itu kemudian terhempas dekat sebuah kampung di Penghu.

Taufan Matmo telah melanda Taiwan hari ini dengan hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekolah dan pasar ditutup.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3