Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Petir bunuh sekurang-kurangnya 107 dalam monsun India

Jun 26, 2020 | 9:29 AM
Serangan kilat pada musim hujan tahunan Jun hingga September adalah perkara biasa di India.
Serangan kilat pada musim hujan tahunan Jun hingga September adalah perkara biasa di India. - EPA-EFE

PATNA, INDIA: Sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia disambar petir di India utara dan timur pada Khamis (25 Jun), kata pegawai, semasa peringkat awal musim monsun tahunan. Sekitar 83 orang maut di negeri timur Bihar yang miskin setelah disambar petir, dan 24 lainnya meninggal dunia di negeri utara Uttar Pradesh. Puluhan lagi cedera, kata pegawai. Serangan kilat pada musim hujan tahunan Jun hingga September adalah perkara biasa di India. Tetapi Menteri Pengurusan Bencana Bihar, Lakshmeshwar Rai, memberitahu AFP bahawa ini antara jumlah korban harian tertinggi akibat kilat yang dicatatkan oleh negeri itu dalam beberapa tahun kebelakangan. Lebih separuh daripada kematian itu datang dari daerah utara dan timur Bihar yang sering banjir, tambahnya. Encik Rai memberi amaran angka kematian boleh meningkat lebih tinggi kerana pemerintahnya masih menunggu laporan korban dari kawasan pedalaman negeri itu. Hujan lebat dijangka melanda Bihar pada Jumaat dan Sabtu, menurut pejabat Jabatan Meteorologi India tempatan. Di negeri jiran Uttar Pradesh, kebanyakan kematian dilaporkan di daerah Deoria dekat dengan sempadan Nepal, dan kota Prayagraj, kata pihak berkuasa. Perdana Menteri Narendra Modi pada lewat Khamis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan menambah kedua-dua pemerintah negeri sedang melakukan kerja menyelamat segera. Lebih 2.300 orang terbunuh oleh kilat di India pada 2018 menurut Biro Rekod Jenayah Nasional, angka terkini yang ada. Monsun sangat penting untuk menambah bekalan air di Asia Selatan, tetapi turut menyebabkan kematian dan kemusnahan meluas di rantau itu setiap tahun. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg