Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pfizer dan BioNTech jangka terima data mengenai perlindungan suntikan menentang varian baru Covid-19 tidak lama lagi

Nov 27, 2021 | 02:15 PM



FRANKFURT: Syarikat farmaseutikal BioNTech menjelaskan pada Jumaat (26 November) bahawa ia menjangkakan lebih banyak data mengenai varian koronavirus baru yang dikesan di Afrika Selatan dalam masa dua minggu bagi membantu mengenal pasti sama ada vaksin yang ia hasilkan dengan rakan kerjasama Pfizer perlu diubah suai.



Pfizer dan BioNTech berkata jika perlu, mereka menjangkakan dapat membekalkan vaksin baru yang bertujuan menangani varian baru itu dalam masa sekitar 100 hari.



"Kami memahami keprihatinan pakar dan dengan segera telah mengusulkan siasatan berkenaan varian B.1.1.529," kata BioNTech dalam kenyataannya apabila diminta mengulas.



"Kami menjangkakan lebih banyak data daripada ujian makmal, paling lewat dalam masa dua minggu mendatang. Data ini akan menyediakan lebih banyak maklumat sama ada   B.1.1.529 boleh menjadi varian melepaskan diri yang mungkin memerlukan pengubahsuaian vaksin kami jika varian ini tersebar secara global," katanya lagi.



Moderna, dalam kenyataannya pula, berkata ia sedang berusaha melanjutkan satu calon suntikan penggalak yang dihasilkan sejajar untuk menangani varian baru itu dan juga sedang menguji dos lebih tinggi suntikan penggalak yang sedia ada serta mengkaji calon suntikan penggalak lain yang direka bagi melindungi diri dalam menentang pelbagai varian.



"Dos penggalak vaksin yang disahkan penggunaannya melambangkan satu-satunya strategi yang ada dalam memberi galakan buat keimunan yang semakin berkurangan," tambah Moderna dalam kenyataan itu.



Varian pelepasan adalah yang mengelakkan diri daripada respons imun yang disasarkan dan disebabkan oleh vaksinasi. Pfizer dan BioNTech akan dapat mereka semula suntikan mereka ini dalam masa enam minggu serta membekalkan dos suntikan yang awal disediakan dalam masa 100 hari, tambah BioNTech.



Pihak berkuasa global bertindak dengan kejutan pada Jumaat terhadap varian baru ini. Kesatuan Eropah dan Britain adalah antara negara yang memperketat kawalan sempadan sedang pihak saintis berusaha ingin ketahui jika mutasi ini berdaya tahan vaksin.



Pfizer dan BioNTech telah pun mencipta versi vaksin berdasarkan mRNA yang mapan - berdasarkan virus asal yang dikesan di bandar China, Wuhan - bagi mensasarkan varian Alpha dan Delta, dengan ujian klinikal berterusan.



Usaha sebegini bukan bertujuan mengeluarkan produk komersial; latihan ini dibuat bagi menentukan rutin bersama pengatur yang akan membantu mempercepatkan sebarang pelancaran semula vaksin akan datang.



Penganalisis di Everscore ISI berkata data daripada Qatar mengenai satu lagi varian terkini menunjukkan tahap tinggi keberkesanan awal vaksin yang ada kini mula merosot dengan banyak empat bulan selepas suntikan dos diberi.



Novovax berkata pada Jumaat ia sudah mula mengusahakan versi vaksin Covid-19 untuk mensasarkan varian yang dikesan di Afrika Selatan dan sudah bersedia dengan suntikan tersebut diuji dan dikeluarkan dalam masa beberapa minggu mendatang.



Johnson and Johnson pula berkata ia juga telah memantau rapi varian baru Covid-19 dan sedang menguji keberkesanan suntikannya dalam menentang varian baru ini. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >