Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

PH lancar manifesto, janji akan turunkan kadar tol

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



BAGI menarik pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH), gabungan empat parti itu menawarkan penurunan kadar tol secara beransur dengan matlamat untuk menghapuskannya sekali gus mengembalikan lebuh raya PLUS kepada pemilikan awam.



Sekarang ini, anggaran purata 1.5 juta hingga 2 juta kenderaan menggunakan lebuh raya PLUS sehari dan jumlah itu meningkat pada hujung minggu dan musim perayaan.



Tawaran penurunan kadar tol tersebut susulan daripada tawaran PH pada PRU-14 apabila menerajui kerajaan, selain mengkaji semua perjanjian konsesi lebuh raya sebagai langkah awal kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus bagi lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).



Selain itu, PH menerusi manifesto bertajuk Tawaran Harapan PRU15, mengemukakan 10 tawaran - antara lain akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), melantik timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak.



Turut ditawarkan adalah menangani isu kos sara hidup; memerangi rasuah dan mengukuhkan institusi demokrasi perkasa peluang ekonomi belia dengan menerokai sektor manusiawi; menyelamatkan generasi tercicir dalam pendidikan dan membina ketahanan bencana serta memantapkan perlindungan.



Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berucap di majlis pelancaran manifesto di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam berkata 10 tawaran itu bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan yang semasa ini tidak tahu hala tujunya.



Menurut Presiden PKR itu gabungan tersebut bertekad membina semula Malaysia daripada kemusnahan Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) selama lebih 30 bulan lalu yang gagal mentadbir negara selain tidak mempunyai perancangan jangka panjang bagi menangani masalah rakyat jelata.



"Seterusnya, kami juga berusaha menangani isi doktor kontrak dan menjamin kebajikan penjawat kesihatan; penghapusan isu ketaksamaan gender dan memperkasakan sosio-ekonomi wanita; memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak; meningkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia dan memelihara khazanah alam demi generasi akan datang," tambahnya.



PH, yang sebelum ini agak kritikal terhadap proses pelantikan pengarah tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), juga mahu pencalonan ketua pesuruhjaya SPRM disaring oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dwipartisan bagi memastikan pencalonan individu yang benar-benar berkecuali yang tidak akan melindungi kepentingan mana-mana pihak tertentu.



PH juga berjanji untuk meneruskan amalan pengisytiharan harta untuk semua menteri, anggota parlimen, penjawat awam kanan, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan, serta semua pasangan dan ahli keluarga terdekat mereka yang berusia 18 tahun ke atas.



Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Anthony Loke; Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Encik Wilfed Madius Tangau dan rakan pilihan raya PH, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Encik Syed Saddiq Syed Abd Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >