Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PH Sabah dakwa tidak tandatangani akuan bersumpah dengan pihak lain

Jan 07, 2023 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah mendakwa tidak pernah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong mana-mana pihak selepas 2020.



Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PH Sabah dalam satu kenyataan bersama kelmarin menyatakan, tidak benar jika ada pihak mendakwa mendapat sokongan daripada mereka, melainkan kenyataan terakhir selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November lalu.



"Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya.



Kenyataan itu dikeluarkan setelah mereka memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan sesi perbincangan sesama Adun PH Sabah kelmarin.



Tujuh Adun tersebut ialah Datuk Christina Liew (Api-Api), Datuk Frankie Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas), Peto Galim (Inanam).



Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH Sabah bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri.



Namun, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, kerjasama antara PH Sabah dan Warisan tidak berterusan.



Pada persidangan DUN November lalu, Adun PH Sabah menyatakan terus memberi sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sehingga tamat penggal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >