Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pihak berkuasa minta TikTok perjelas video berkaitan rusuhan 13 Mei

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



SURUHANJAYA Perhubungan dan Berbilang Media Malaysia (MCMC) berkata ia dan polis telah memanggil pengurusan TikTok untuk memberi penjelasan berhubung penerbitan video yang memberi amaran rusuhan kaum 13 Mei 1969 boleh berulang di Malaysia di platform media sosial itu.



MCMC berkata platform perkongsian video itu dipanggil untuk berbuat demikian selepas satu laman berita melaporkan sekurang-kurangnya tiga video sedemikian diterbikan menerusi skim berbayar bagi dipasarkan kepada pengguna khidmat media sosial itu.



"Perbuatan menyebar video-video sedemikian adalah perbuatan yang boleh mengganggu harmoni, pecah belah dan mencetus perasaan kebencian... dalam isu-isu berhubung kaum dan agama," kata MCM dalam satu kenyataannya.



Suruhanjaya itu berkata ia akan bekerjasama rapat dengan polis untuk menyiasat dan mengekang video yang boleh menganggu ketenteraman awam.



Awal dari itu, laman berita Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya tiga video berhubung rusuhan kaum 13 Mei 1969 diterbitkan di platform media sosial itu menerusi cara 'perkongsian berbayar', atau paid partnership.



Polis telah memberi amaran jangan dimuat naik kandungan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam ke platform media sosial, selepas beberapa pengguna Internet mula mendedahkan penyebaran video yang merujuk kepada rusuhan 13 Mei 1969 itu pada akhir Pilihan Raya Umum ke-15. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >