Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Pil keluaran Merck mungkin berkesan ke atas varian Covid-19

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kajian makmal menunjukkan bahawa ubat pil antivirus Covid-19 keluaran Merck & Co, molnupiravir, mungkin berkesan terhadap varian koronavirus termasuk Delta yang sangat mudah dijangkiti.



Kenyataan syarikat itu kelmarin mendapati kajian tersebut melihat ubat molnupiravir digunakan untuk pencegahan Covid-19 dalam kalangan dewasa yang tinggal serumah dengan pesakit yang mempunyai simptom jangkitan.



Dr Jay Grobler, ketua penyakit berjangkit dan vaksin di Merck berkata data menunjukkan bahawa ubat itu paling berkesan apabila diberikan pada awal jangkitan.



Merck menguji antivirus terhadap sampel sapuan hidung yang diambil dari peserta dalam percubaan awal ubat tersebut.



Varin Delta tidak tersebar lagi semasa ujian tersebut, tetapi molnupiravir diuji terhadap sampel varian Dekta di makmal ketika terdapat lonjakan kes di hospital dan kematian dek Covid-19.



Merck kini menjalankan dua ujian Tahap III antivirus yang dikembangkannya dengan Ridgeback Biotherapeutics - satu untuk rawatan Covid-19 dan satu lagi sebagai pencegahan.



Fasa ujian peringkat pertengahan hingga ke peringkat akhir ini melibatkan pesakit Covid-19 yang tidak dirawat di hospital.



Pesakit dalam fasa ujian ini tidak ada risiko penyakit kritikal.



Mereka akan diberikan pil yang dibangunkan untuk menyekat aktiviti enzim utama, yang diperlukan virus untuk membiak.



Menurut Merck, kajian baru ini akan melihat ubat molnupiravir digunakan untuk pencegahan Covid-19 dalam kalangan dewasa yang tinggal serumah dengan pesakit yang mempunyai simptom jangkitan.



Ia memulakan ujian pil dalam kalangan pesakit dewasa Covid-19 yang berisiko berubah menjadi kritikal menyusuli masalah kesihatan lain seperti kencing manis.



Jika kajian ini berjaya, Merck akan memfailkan permohonan untuk meluluskan kegunaan darurat pada suku keempat tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >