Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya kecil bakal diadakan di Negeri Sembilan, Anwar Ibrahim orak langkah menjadi PM

Sep 12, 2018 | 04:00 PM



 





PETALING JAYA: Bakal presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Anwar Ibrahim akan menandingi kerusi parlimen di Port Dickson, membuka laluan bagi beliau kembali ke parlimen Malaysia, kata setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pada Rabu (12 September).



Bercakap kepada wartawan di sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR, Datuk Saifuddin berkata Datuk Anwar memutuskan untuk bertanding di Port Dickson selepas menimbangkan semua kerusi yang ditawarkan oleh penggubal undang-undang PKR.



Datuk Anwar juga telah memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang keputusannya itu. Awal dari itu,  Datuk Saifuddin telah memberitahu perkara itu kepada pemimpin Pakatan Harapan yang lain pada Selasa.



Di sidang media itu, penggubal undang-undang Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP).



“Saya bersedia mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson untuk membenarkan Datuk Anwar bertanding di pilihan raya kecil di sana.



“Datuk Anwar telah bersetuju dan bersedia bertanding di Port Dickson. Saya yakin Datuk Anwar akan menang dan menjadi Anggota Parlimen, dan Perdana Menteri kelapan Malaysia,” kata Datuk Danyal.



Tambah beliau: “Saya juga telah menghantar kepada Speaker Dewan Rakyat, surat meletak jawatan sebagai AP Port Dickson, yang berkuatkuasa serta-merta.



Laporan media di Malaysia sebelum ini mengatakan bahawa kerusi terbaik untuk ditandingi Datuk Anwar, yang memberinya peluang terbaik untuk menang dan kembali ke Parlimen, ialah di Port Dickson atau Selayang di Selangor.



Datuk Anwar perlu menjadi AP sebelum beliau layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir dalam tempoh dua tahun, sebagaimana yang telah dipersetujui sebelum ini. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >