Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pilihan Raya Kecil Port Dickson: Enam calon cabar Anwar

Dunia
28
0

Pilihan Raya Kecil Port Dickson: Enam calon cabar Anwar

Sep 29, 2018 | 11:42 AM

PORT DICKSON (Negeri Sembilan):  Pilihan raya kecil (PRK)  Parlimen   Port Dickson akan menyaksikan pertandingan berbilang penjuru  apabila tujuh calon memfailkan kertas pencalonan mereka pada pagi Sabtu (29 September).

Mereka ialah   Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Harapan;  bekas pegawai  tentera  udara Mohd Nazari Mokhtar daripada  Parti Islam SeMalaysia (PAS); bekas pembantu Datuk Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan bekas pemimpin  Umno dan menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Tiga lagi ialah personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong, Encik Lau Seck Yan, dan Encik Kan Chee Yuen.

PRK itu akan berlangsung pada 13 Oktober.

Pencalonan seorang lagi personaliti   media sosial, Encik   A. Rajendra, ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi berdaftar di Port Dickson.

Kecuali Datuk  Anwar dan Leftenan-Kolonel (Bersara)  Nazari, calon lain bertanding sebagai calon Bebas.

Pencalonan bermula pada 9 pagi tetapi ramai  penyokong tiba seawal  6 pagi, memakai pakaian sukan dan pakaian yang tertera  logo  parti  masing-masing.

Cik  Devamalar Arumugam, yang mengaku beliau penyokong tegar Datuk Anwar     berkata beliau  bangun tidur pada  4 pagi untuk memandu ke Port Dickson bagi  menunjukkan sokongannya kepada bakal presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, lapor akhbar The Straits Times dalam talian.

“Saya yakin beliau  akan menang. Saya menyokong beliau,”  katanya  di luar pusat penamaan calon, pejabat Majlis Perbandaran Port Dickson.

Datuk  Anwar, 71 tahun, dijangka menang dengan mudah  kerusi yang dikuasai    PKR pada tiga pilihan raya umum lalu.

 Encik  Saiful,   33 tahun, yang pada 2008 menuduh Datuk  Anwar meliwat beliau, berkata di luar pusat penamaan calon:   “Saya tidak sabar untuk melihat Anwar di dalam.”

Pilihan raya kecil itu diadalah  selepas Ahli Parlimennya,   Datuk Danyal Balagopal Abdullah, sengaja  meletak jawatan untuk membolehkan Datuk Anwar bertanding di kerusi itu bagi  memasuki  Parlimen semula.

Pembangkang Barisan Nasional (BN) memulau  PRK  itu, dengan mengatakan kawasan undi tersebut    sengaja dikosongkan  untuk “memenuhi cita-cita  politik satu orang”.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3