Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya kecil Sg Kandis: Saingan 3 penjuru

Jul 21, 2018 | 01:02 PM



SHAH ALAM:   Tiga calon akan bersaing dalam   satu pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan di Selangor, selepas mereka mengemukakan kertas pencalonan  pada  Sabtu (21 Julai).



PRK  Sungai Kandis pada 4 Ogos akan diikuti  dengan teliti kerana ia  merupakan  pilihan raya kecil pertama sejak Barisan Nasional (BN) digulingkan oleh Pakatan Harapan  pada pilihan raya umum 9 Mei.



Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Harapan, meletak Encik    Mohd Zawawi Ahmad Mughni, pengetua   Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau juga   setiausaha Biro Pemahaman  dan Penyatuan Agama PKR.



Seorang ahli majlis tertinggi Umno,   Datuk Lokman Noor Adam, menjadi   calon BN bagi PRK itu.



Dua calon itu  disertai  calon bebas K. Murthy.



Penganalisis menjangka PRK   ini  memberi petunjuk mengenai kecondongan    pengundi Melayu –   kepada Umno, sebuah parti BN,   atau kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang baru berusia dua bulan, yang   diketuai  Tun Dr Mahathir Mohamad.



Sungai Kandis  kerusi majoriti Melayu yang terdiri daripada 72 peratus pengundi Melayu, 16 peratus pengundi India dan 12 peratus pengundi Cina.



Kawasan undi itu  mempunyai 51,230 pengundi berdaftar.



BN, yang diketuai oleh Umno, perlu mengekalkan, atau memperbaiki, peratusan undi yang diraihnya   pada  Mei lalu agar  ia boleh mendakwa bahawa orang Melayu tetap kukuh menyokongnya sedang ia     cuba bersatu   kembali sebagai parti pembangkang.



PRK itu diadakan  berikutan kematian wakil rakyat Mat Shuhaimi Shafiei daripada  PKR pada 2 Julai kerana limfoma.



Beliau    mempertahankan kerusinya itu  pada pilihan raya umum Mei dengan majoriti 12,480 undi dalam pertarungan empat penjuru, menentang calon  Umno-BN,  Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan   Parti Rakyat Malaysia.  – The Star, Bernama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >