Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan Raya Presiden AS: Biden gesa penyokong bersabar, Trump dijangka enggan terima keputusan

Nov 06, 2020 | 07:34 AM



 





WASHINGTON: Calon Demokrat Joe Biden menggesa penyokongnya  supaya bersabar, sedang undi terus dikira di negeri-negeri persaingan sengit di mana beliau sedang mendahului pengiraan atau mengurangkan jurang dengan Presiden Donald Trump.



“Setiap undi perlu dikira, dan itulah apa yang akan kita lihat,” kata Encik Biden dari tempat tinggal asalnya di Wilmington, Delaware.



“Demokrasi kadang-kala rumit. Ia kadang-kala memerlukan kita bersabar juga. Tapi kesabaran itu telah diberi ganjaran selama lebih 240 tahun dalam sistem pentadbiran yang diinginkan oleh dunia,” kata Encik Biden.



Difahami, negeri-negeri persaingan sengit seperti Georgia, Pennsylvania dan Nevada, pada masa ini boleh menentukan kesudahan pilihan raya presiden ini.



Encik Biden mempunyai 264 undi badan perwakilian pemilih, kurang enam daripada 270 undi yang diperlukannya untuk merebut Rumah Putih. Ini termasuk Arizona, di mana sesetengah media berkata tidak dimenangi Encik Biden.



Buat masa ini, Encik Trump masih mendahului kiraan di Georgia dan Pennsylvania, tetapi Encik Biden sedang merapat jurang di kededua negeri.



Dalam pada itu, Encik Trump telah memulakan prosiding undang-undang untuk menentang proses dan keputusan pilihan raya presiden ini. 



Seorang pegawai dalam pasukan Encik Trump memberitahu rangkaian media Amerika CBS Encik Trump tidak akan mengaku kalah meskipun Encik Biden mengisytiharkan kemenangan.



Anak Encik Trump, Encik Donald Trump  Jr juga menggesa bapanya ‘berperang bagi pilihan raya ini’ di Twitter. Pos itu telah ditandakan Twitter sebagai memberi maklumat yang ‘menyesatkan’. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >