Pilihan Raya Presiden Perancis: Macron, Le Penn bersaing 7 Mei

PARIS: Calon berhaluan tengah, Encik Emmanuel Macron mendahului pemimpin sayap kanan Cik Marine Le Pen untuk sama-sama layak bertanding pada pilihan raya presiden Perancis.

Encik Macron diramal meraih 23 hingga 24 peratus, berbanding Cik Le Pen dengan 21.6 hingga 23 peratus, menurut beberapa institusi mengundi.

Jika keputusan pusingan pertama itu disahkan, ia akan meletakkan Encik Macron, calon pro-Eropah berusia 39 tahun, pada kedudukan menarik untuk merebut jawatan presiden.

Beliau dilihat bersedia untuk berdepan dengan calon euroskeptik dan anti imigran seperti Cik Le Pen pada pilihan raya 7 Mei ini, yang dilihat sebagai penting untuk masa depan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang bermasalah itu.

Sementara itu beberapa tokoh politik Perancis berhaluan kiri atau kanan menyuarakan sokongan kepada Encik Macron.

Antara yang menyokong Encik Macron termasuk calon parti Republikan, Encik Francois Fillon yang menuduh Cik Le Pen terkenal dengan keganasan dan ekstremisme.

“Tiada pilihan lain kecuali mengundi menolak parti nasionalis kanan,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Calon sosialis yang berada pada kedudukan kelima itu, ketika pengundian pusingan pertama menggesa penyokong beliau menewaskan Cik Le Pen dengan mengundi Encik Macron. - AFP