Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Uttar Pradesh ujian utama bagi populariti Modi

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Negeri paling ramai penduduk di India, Uttar Pradesh, mula mengundi dalam beberapa siri pilihan raya tempatan yang bakal menjadi ujian terhadap populariti Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, dan parti pemerintahnya, Bharatiya Janata Party (BJP).



Selain negeri itu, negeri lain yang turut melakukan pengundian adalah Punjab, Goa, Manipur dan Uttarakhand.



Kekalahan di Uttar Pradesh, atau di mana-mana tiga negeri lain yang diperintah BJP - Uttarakhand, Manipur dan Goa - boleh menambah tekanan ke atas parti nasionalis Hindu itu di tengah-tengah kritikan terhadap kadar pengangguran tinggi dan cara ia mengendalikan wabak Covid-19.



Namun, kemenangan di Uttar Pradesh pula akan memberi BJP satu rangsangan besar dalam usahanya meraih kemenangan ketiga berturut-turut pada pemilihan parlimen seluruh negara yang dijadual menjelang 2024.



"Jika BJP kalah, terutamanya di Uttar Pradesh, ia akan menjadi satu kemunduran besar," kata Encik Rahul Verma, felo di Pusat Penyelidikan Dasar yang berpangkalan di ibu kota New Delhi.



"Tetapi anda boleh memanggilnya sebagai 'pertandingan separuh akhir'. Perlawanan pada 2024 akan menjadi sangat, sangat berbeza."



Bagi parti pembangkang utama, Kongres, yang diketuai keluarga Nehru-Gandhi, nasib mereka kelihatan lebih suram.



Daripada lima negeri yang mengadakan pilihan raya, Kongres hanya menguasai Punjab di barat laut.



"Kongres perlu menang, walaupun di negeri-negeri lebih kecil, hanya kerana mereka perlu biasa kembali menang. Jika tidak, ia berada dalam masalah besar," tambah Encik Verma.



Kegagalan untuk menang akan membawa kepada lebih banyak persoalan mengenai kepimpinan Encik Rahul Gandhi, yang bapa, nenek dan datuknya semuanya pernah berkhidmat sebagai perdana menteri India, tetapi kini bergelut untuk mencabar populariti Encik Modi.



Uttar Pradesh mengundi dalam tujuh fasa yang berakhir pada 7 Mac, manakala kebanyakan negeri lain memulakan pengundian dalam satu dua fasa.



Pengiraan di lima negeri bermula pada 10 Mac, dengan keputusan dijadual tidak lama kemudian.



Semasa berkempen, BJP mendekati majoriti besar masyarakat Hindu Uttar Pradesh dan Uttarakhand.



Kedua-dua negeri itu adalah tempat kepada beberapa tapak suci penting, beberapa daripadanya dipertikaikan penganut Hindu dan minoriti Muslim.



Tinjauan pendapat menunjukkan BJP boleh memenangi undi majoriti di dua negeri itu, walaupun beberapa parti pembangkang berusaha untuk turut sama menonjolkan agenda berlandaskan Hindu.



"Kami telah melihat semua parti politik bermain dalam perkara yang sama dengan BJP," kata Encik Nilanjan Mukhopadhyay, pengarang biografi Encik Modi, mengenai kempen itu.



"Itu (kempen berlandaskan agama) adalah salah satu kejayaan terbesar BJP."



Kongres dan aktivis kemanusiaan telah mengkritik pendekatan itu, sambil mengatakan ia berisiko mencetuskan ketegangan agama dan kaum yang telah memuncak menjadi keganasan maut pada masa lalu.



Encik Yogi Adityanath, seorang sami Hindu tegar yang mahu dipilih semula sebagai ketua menteri Uttar Pradesh, menonjolkan rekodnya dalam memerangi jenayah, dan berkata undang-undang dan keamanan lebih diutamakan daripada agama.



"Pemerintah saya menangani isu rasuah," katanya kepada sekumpulan kecil pemberita.



"Undang-undang dan keamanan telah bertambah baik dengan ketara, selain tindakan polis, semasa pemerintahan saya, telah diambil ke atas kumpulan samseng dan mafia tanpa mendiskriminasi berdasarkan kasta atau agama mereka."



BJP menghadapi cabaran Kongres di negeri timur laut Manipur, manakala di negeri barat Goa, Parti Aam Aadmi (AAP) cuba meluaskan pengaruhnya melangkaui pangkalan tradisionalnya di ibu kota India, New Delhi.



Negeri kelima, Punjab, kelihatan seperti persaingan sengit antara Kongres yang memerintah, AAP dan beberapa parti serantau.



Sementara itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI), pengundian dijadual diselesaikan dalam satu fasa di Uttarakhand dan Goa.



Namun, Uttar Pradesh akan menyaksikan pilihan raya berperingkat tujuh fasa.



"Setakat ini, laporan dari negeri-negeri terbabit dengan pengundian mengatakan pengundian berjalan dengan aman," kata seorang pegawai pilihan raya.



ECI menumpukan pada pilihan raya yang selamat Covid-19 memandangkan penularan wabak itu masih berterusan di seluruh negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >