COX'S BAZAR (Bangladesh): Mayat seramai 15 wanita dan kanak-kanak etnik Muslim Rohingya ditemui selepas bot yang dipercayai membawa 100 pelarian karam tidak jauh dari pantai di daerah Cox's Bazar, kelmarin.

Seramai 17 lagi sempat menyelamatkan diri, manakala selebihnya dikhuatiri lemas ketika laut bergelora, kata polis.