KUALA LUMPUR: Perbalahan antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan berterusan sehingga mengheret pucuk pimpinan kedua-dua parti tersebut dalam pertikaman lidah secara terbuka.
Krisis semakin hangat apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mengecam DAP kerana membuat keputusan melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang walaupun tidak dipersetujui sekutusekutunya dalam pakatan pembangkang.