Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pinjam e-buku di KLIA

Kemudahan terbaru KLIA antara pertama di dunia
Sep 30, 2015 | 05:58 PM



KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini melancarkan kemudahan bagi penumpang memuat turun buku elektronik ke dalam telefon bijak atau peranti digital mereka secara percuma.


Khidmat pinjaman buku elektronik ini merupakan kemudahan pertama yang dilakukan oleh sebuah lapangan terbang di dunia.


Kemudahan tersebut, hasil kerjasama Malaysia Airports dan e-Sentral (Xentral Methods), bertujuan membantu penumpang mengisi masa mereka ketika menunggu di lapangan terbang, di kawasan transit atau semasa penerbangan.


Menggunakan teknologi lokasi 'geo-fencing', alat Bluetooth dipasang di 40 lokasi strategik di serata lapangan terbang untuk mengesan isyarat Bluetooh daripada telefon bijak para penumpang.


Ia kemudian membolehkan penumpang melungsuri perpustakaan siber dan memuat turun buku yang mereka inginkan.


Para penumpang berupaya meminjam dua buku elektroknik dalam satu-satu masa dan akses kepada buku akan dihentikan selepas dua hari secara automatik.


Buat masa ini, lebih 400 pilihan buku Inggeris, Melayu dan Cina dari berbagai kategori disediakan di dalam perpustakaan siber itu.


Hubungan internet tidak diperlukan jika penumpang ingin membaca buku setelah mereka selesai memuat turun buku yang ingin dipinjamkan..


Penumpang hanya perlu memuat turun aplikasi E-Sentral di laman AppStore untuk pengguna Apple dan GooglePlay untuk pengguna Android.


Saksikan video di sini https://www.youtube.com/watch?v=AV7Qdpi6FRk




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >