Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

PKP di enam negeri, wilayah persekutuan M’sia

Dunia
28
0

PKP di enam negeri, wilayah persekutuan M’sia

Jan 11, 2021 | 09:00 PM

PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin (11 Jan) mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan tiga peringkat selama 14 hari dari 14 hingga 26 Januari.

Tindakan itu bertujuan membendung penularan Covid-19 di negara itu, yang kian meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Perintah kawalan pergerakan (PKP) melibatkan enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga melibatkan enam negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membabitkan dua negeri – Perlis dan Sarawak.

Mengumumkan demikian dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung di media Malaysia, Tan Sri Muhyiddin berkata bilangan jangkitan dan kematian Covid-19 di negara itu terus meningkat dan mengenakan tekanan ke atas sistem kesihatan negara itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3