Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PKP penuh bantu Malaysia elak 'malapetaka'

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau 'full lockdown' yang dilaksanakan kerajaan Malaysia berjaya mengelakkan 'malapetaka' seperti yang diunjurkan sebelum ini.



Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara itu sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun.



Keadaan itu boleh mencecah sehingga 40,000 kes beberapa minggu selepas itu.



"Kita berjaya memperlahankan lengkuk jangkitan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi kes.



"Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.



"Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga," katanya kepada Astro Awani.



Tambah beliau, ini penting terutama ketika beberapa varian baharu seperti Beta dan Delta, yang mempunyai kadar jangkitan dan kematian yang lebih tinggi.



"Kita sekarang dalam peperangan, dan menyelamatkan negara adalah keutamaan kita. Jika tidak, nasib kita akan jadi seperti India," ujarnya.



Sementara itu, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan apabila lebih tujuh juta dos vaksin sudah diagihkan sehingga kelmarin.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sejumlah 215,968 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan meningkat kepada 7,039,072 dos.



Daripada jumlah itu, katanya, lebih lima juta individu sudah menerima dos pertama, manakala hampir dua juta individu pula mendapat dua dos lengkap vaksin Covid-19.



"Jumlah penerima dos pertama mencecah 5,072,714 orang atau 15.5 peratus daripada penduduk negara, manakala 1,966,358 individu atau enam peratus sudah menerima dos kedua," katanya menerusi Twitter semalam.



Jumlah itu juga menyaksikan kapasiti harian pemberian vaksin di seluruh negara kekal mencatat lebih 200,000 untuk lima hari berturut-turut, yang membantu memastikan peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara dapat dipercepatkan.



Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin semalam memaklumkan kadar penggunaan vaksin berbanding jumlah bekalan yang diterima dari luar negara kini mencecah 90 peratus.



Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham menunjukkan, penduduk Kuala Lumpur (KL) kekal penerima tertinggi dos pertama vaksin COVID-19.



Sejumlah 884,781 individu 50 peratus daripada keseluruhan penduduk Kuala Lumpur sudah menerima dos pertama, disusuli Putrajaya (33 peratus), Sarawak (31.2 peratus), Labuan (30.3 peratus) dan Perlis (24.9 peratus). - Astro Awani, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >