SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PKP seluruh negara di Malaysia

PKP seluruh negara di Malaysia

May 10, 2021 | 9:39 PM

PKP seluruh negara di Malaysia

Seorang pegawai polis di sekatan jalan raya semasa penutupan menjelang perayaan Aidilfitri dalam usaha mencegah penularan penyakit koronavirus Covid-19 secara besar-besaran di Petaling Jaya, Malaysia. - Foto REUTERS
Seorang pegawai polis di sekatan jalan raya semasa penutupan menjelang perayaan Aidilfitri dalam usaha mencegah penularan penyakit koronavirus Covid-19 secara besar-besaran di Petaling Jaya, Malaysia. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitiri berkuat kuasa Rabu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, bagi tempoh PKP itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

Katanya, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu.

"Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021. SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Sri Muhyiddin menegaskan, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan satu krisis nasional.

Katanya, kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut tindakan lebih drastik.

Beliau menambah, tindakan sedemikian perlu bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

"Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei lalu, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

"Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19," katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg