Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PKR akan kemuka petisyen jika Muhyiddin menang

PKR dakwa mantan perdana menteri itu buat kenyataan berbaur ancaman kepada ketenteraman awam
Nov 18, 2022 | 09:05 PM



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis dan memfailkan petisyen mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana didakwa mengeluarkan kenyataan membawa ancaman kepada ketenteraman awam.



Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, berkata tindakan itu akan diambil susulan satu video ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial ketika tempoh berkempen, yang didakwa mengaitkan pembangkang dengan agenda Yahudi.



"Ketua Angkatan Muda (PKR), Adam Adli akan membuat laporan polis supaya siasatan dibuka terhadap Tan Sri Muhyiddin.



"Apa pun keputusan pilihan raya di Pagoh, PKR akan memfailkan petisyen jika beliau menang kerana jelas berlaku pelanggaran Akta Pilihan Raya.



"Jika sebelum ini, kita tiada bukti tetapi dengan video itu, ia bukti yang beliau melanggar Seksyen 4A akta berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan dan mengancam ketenteraman awam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Sementara itu, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR menafikan wujud perjanjian antara Pakatan Harapan (PH) dan PN, susulan tular gambar dokumen "Perikatan Harapan" di laman sosial.



Beliau mendakwa, ia kemungkinan dilakukan oleh Umno kerana terdesak untuk memastikan pengundi Melayu menolak PH, yang dianggotai Parti Tindakan Demokratik (DAP).



"Melihat kepada kuatnya kempen kita menentang Muhyiddin dan PAS (Parti Islam SeMalaysia) berkaitan bangsa dan agama, adalah tidak masuk akal kita ada perjanjian sulit dengan PN," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >