Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

PM baru Australia hargai pengorbanan ibu semasa membesar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

PM baru Australia hargai pengorbanan ibu semasa membesar

May 30, 2022 | 05:30 AM

PEMIMPIN Parti Buruh, Encik Anthony Albanese, 59 tahun, telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Australia yang ke-31 negara itu.

Encik Albanese, juga digelar 'Albo', mula dipilih ke Parlimen pada 1996, dan dalam ucapan pertamanya selepas meraikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya terbaru, mengucapkan terima kasih kepada ibunya, Cik Maryanne Ellery, kerana membesarkannya dalam keadaan sukar.

Pasangan itu tinggal di perumahan awam di Sydney semasa zaman kanak-kanak Encik Albanese dengan ibu tunggalnya sering bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.

"Ia menggambarkan banyak perkara tentang negara kita yang hebat, bahawa anak seorang ibu tunggal... yang dibesarkan di perumahan awam... boleh berdiri di depan anda malam ini sebagai perdana menteri Australia," kata Encik Albanese kepada penyokong dalam acara meraikan kemenangan parti itu.

Encik Albanese menyertai Parti Buruh berhaluan kiri semasa di sekolah dan kemudian terlibat dalam dunia politik pelajar yang mencabar di Universiti Sydney.

Ahli politik itu merupakan orang pertama dalam keluarganya yang berjaya ke universiti.

Beliau dibesarkan dengan mempercayai bapanya telah meninggal dunia, tetapi kemudiannya mengetahui perkara itu tidak benar. Beliau kemudian menjejaki bapanya dengan berpandukan hanya sekeping gambar.

Kedua-duanya bertemu di kawasan asal bapanya di Italy, Barletta, sebelum bapanya, Encik Carlo Albanese, meninggal dunia pada 2014.

Dalam 26 tahun sejak Encik Albanese kali pertama dipilih ke Parlimen, Parti Buruh hanya menjadi kerajaan selama lima tahun - semasa penggal penuh kekecohan perdana menteri Encik Kevin Rudd dan Cik Julia Gillard.

Encik Albanese mulanya menjadi menteri selepas kemenangan pilihan raya Encik Rudd pada 2007 dan menaiki tangga kepimpinan parti, dan akhirnya mengambil alih kepimpinan pembangkang selepas kekalahan teruk parti itu pada 2019.

Tiga tahun kemudian, beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri - hanya pemimpin Parti Buruh keempat sejak perang dunia kedua berjaya berbuat demikian selepas menjadi pembangkang. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3