Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM baru New Zealand angkat sumpah

Jan 25, 2023 | 04:59 PM



WELLINGTON: Pemimpin Buruh, Encik Chris Hipkins, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri New Zealand dalam satu majlis rasmi pada Rabu (25 Jan), berikutan peletakan jawatan perdana menteri sebelumnya, Cik Jacinda Ardern, minggu lalu.


Parti Buruh sebelum ini juga telah memilih Encik Hipkins, 44 tahun, mantan Menteri Respons Covid-19 dan Polis, untuk memimpin parti itu dan juga negara pada Ahad lalu.


Ini berlaku selepas peletakan jawatan mengejut Cik Ardern, 42 tahun, yang berkata sudah tiba masanya buat beliau berundur.


Ratusan orang berkumpul di perkarangan Parlimen sedang Cik Ardern pada Rabu meninggalkan bangunan itu buat kali terakhir, mendakap setiap anggota parlimennya, dengan kebanyakan mereka kelihatan emosi.


Beliau kemudian pergi ke Rumah Pemerintah, di mana beliau menyerahkan peletakan jawatannya kepada wakil Raja Charles di New Zealand, Gabenor Jeneral Cindy Kiro.


Encik Hipkins dan timbalannya Cik Carmel Sepuloni – orang pertama berketurunan Kepulauan Pasifik memegang jawatan itu – kemudiannya mengangkat sumpah, dalam satu majlis yang berlangsung selama beberapa minit.



Beberapa jam kemudian, Encik Hipkins bertemu wartawan selepas mesyuarat Kabinet pertamanya sebagai perdana menteri.


Dihujani dengan soalan mengenai kos sara hidup dengan data menunjukkan angka itu melebihi ramalan penganalisis, Encik Hipkins berkata beliau akan menjadikan isu itu sebagai agenda utamanya.


Beliau berkata beliau akan bertindak segera tetapi tidak membuat dasar “secara terburu-buru”.


“Rakyat New Zealand akan melihat dalam minggu dan bulan mendatang bahawa kos sara hidup adalah isu utama program kerja kami.


“Ia adalah keutamaan nombor satu yang kita hadapi sebagai kerajaan dan mereka akan melihat bukti nyata tentang itu.


“Jelas sekali saya tidak akan membuatnya dengan terburu-buru, seperti yang telah saya nyatakan,” katanya.


Encik Hipkins menambah, beliau juga akan menghormati semua komitmen yang telah dibuat bagi penggal Parlimen semasa. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >