Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS KEPIMPINAN DI UNITED KINGDOM

PM Britain Boris Johnson letak jawatan

Johnson kekal sebagai perdana menteri sedang jawatan pemimpin Konservatif baru dipertandingkan pada musim panas bagi lantik PM baru
Jul 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Encik Boris Johnson meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Britain semalam, tunduk kepada desakan daripada rakan menteri dan penggubal undang-undang dalam Parti Konservatifnya.



"Ia jelas kehendak Parlimen Parti Konservatif bahawa perlu ada pemimpin baru parti dan oleh itu perdana menteri baru," katanya di pintu nombor 10 Downing Street.



"Proses memilih pemimpin baru itu harus bermula sekarang," ujar Encik Johnson.



Encik Johnson bersetuju meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif selepas kehilangan sokongan Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen.



Jawatan pemimpin Konservatif akan dipertandingkan pada musim panas ini sebelum perdana menteri baru dilantik menjelang persidangan parti itu pada Oktober.



Namun, sehingga persidangan itu, Encik Johnson akan kekal sebagai perdana menteri.



Terdahulu, sekumpulan anggota kabinet meletak jawatan bagi menggesa Encik Johnson supaya meletak jawatan.



Siri peletakan jawatan itu dimulakan oleh bekas Canselor, Encik Rishi Sunak dan bekas Menteri Kesihatan, Encik Sajid Javid.



Setiausaha Pertahanan, Encik Ben Wallace juga menggesa Encik Johnson supaya berhenti tetapi berkata beliau akan kekal dalam peranannya untuk melindungi keselamatan negara.



Pengarang Politik, The Sun, Encik Harry Cole berkata, Encik Johnson menyasarkan untuk meneruskan sebagai perdana menteri sehingga pemimpin baru dipilih pada musim panas nanti, satu tugas yang boleh mengambil masa sehingga dua bulan.



Encik Johnson, yang enggan meletak jawatan sebelum ini meskipun berdepan tekanan daripada menteri kanan dan pimpinan parti Konservatif, sebaliknya menegaskan akan menentang sebarang usaha menjatuhkannya.



Sebelum ini, Encik Johnson memecat menteri kanan, Encik Michael Gove, yang didakwa meminta beliau meletak jawatan manakala kelmarin Setiausaha Negara Wales, Encik Simon Hart pula meletakkan jawatan.



Encik Gove, yang merupakan orang kepercayaan Encik Johnson dalam kempen Brexit 2016, dianggap telah turut sama mendesaknya agar berundur daripada jawatan perdana menteri.



Menurut sumber, beberapa menteri Kabinet bertemu Encik Johnson di Downing Street untuk memintanya berundur, selepas lebih 40 peletakan jawatan dari dalam kerajaan dan ramai Ahli Parlimen Konservatif memberontak secara terbuka.



Seorang daripada menteri memintanya berundur secara bermaruah dengan menetapkan sendiri tempohnya meletak jawatan itu berbanding berdepan undi tidak percaya, dengan ramai Ahli Parlimen yakin kini hanya masa menentukan bila beliau akan berundur.



Lewat malam kelmarin, peguam negara England dan Wales, Cik Suella Braverman, turut menggesa Encik Johnson meletak jawatan dan menjadi anggota Kabinet pertama memaklumkan akan bertanding untuk menggantikannya dalam sebarang pemilihan kepimpinan dalam parti Konservatif.



"Saya percaya tiba masa perdana menteri berundur. Jika ada pemilihan, saya akan mencalonkan diri," kata Cik Braverman kepada rangkaian televisyen ITV.



Encik Johnson dikritik pelbagai pihak berhubung kewibawaannya selepas beliau terpaksa memohon maaf kerana melantik Ahli Parlimen memegang jawatan membabitkan isu agama tanpa menyedari bahawa lelaki itu terpalit dengan dakwaan salah laku seksual.



Pelantikan itu adalah krisis terbaru dalam pentadbirannya selepas dibelenggu skandal dan kesilapan selama beberapa bulan, termasuk laporan mengenai parti di kediaman dan pejabatnya di Downing Street, yang melanggar perintah berkurung Covid-19 sehingga menyebabkan beliau didenda oleh polis. - Agensi berita.




"Ia jelas kehendak Parlimen Parti Konservatif bahawa perlu ada pemimpin baru parti dan oleh itu perdana menteri baru...

Proses memilih pemimpin baru itu harus bermula sekarang."

- Encik Boris Johnson meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain. 




RENTETAN KEMELUT KEPIMPINAN BORIS JOHNSON



  • Selepas lebih dua tahun Encik Boris Johnson menang besar dalam pilihan raya umum, beberapa skandal menjejas parti Konservatif yang juga dikenali sebagai Parti Tory.

  • Encik Johnson berdepan pelbagai desakan agar meletak jawatan selepas terbocor sebuah majlis yang diadakan di pejabatnya pada 2020 dan 2021 yang melanggar peraturan jarak sosial Covid-19.

  • Ini termasuk kontroversi 'Partygate' membabitkan penganjuran majlis melanggar ketetapan perintah berkurung bagi mengekang penularan Covid-19, di Downing Street.

  • Tekanan memuncak selepas laporan menyatakan dua lagi majlis keramaian diadakan pada April tahun lalu, sejurus sebelum majlis pengebumian Putera Philip ketika negara masih kekalkan perintah kawalan pergerakan Covid-19 serta sewaktu negara diisytiharkan berkabung.

  • Encik Johnson mohon maaf dan dikenakan denda yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan.

  • Beliau turut mohon maaf cara beliau mengendalikan isu dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya - Ahli Parlimen Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip. Heboh diperkatakan beliau meraba dua lelaki di sebuah kelab privet.

  • Pada Jun lalu, partinya menang undi percaya oleh Ahli Parlimen Konservatif - dengan 211 menyokong beliau manakala 148 menolaknya.

  • Namun kedudukannya dilihat kian lemah berikutan sejumlah besar mereka enggan menyokongnya.

  • Beliau bertegas enggan meletak jawatan susulan kontroversi 'Partygate', sebaliknya mempertahankan rekod usaha beliau dalam pelaksanaan Brexit, memerangi pandemik Covid-19 serta sokongan Britain kepada Ukraine yang diperangi Russia.

  • Encik Johnson dilihat tidak lagi mampu bertahan selepas kehilangan sokongan daripada ramai Ahli Parlimen partinya sendiri, sama ada menteri kanan sedia ada meletak jawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >