Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

PM Britain ikrar usaha lebih gigih capai perjanjian dagang Brexit

Boris Johnson turut luahkan kemungkinan Britain keluar dari Kesatuan Eropah tanpa capai kata sepakat
Dec 12, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, kelmarin berikrar untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mencapai perjanjian perdagangan Brexit tetapi mengarahkan kerajaannya supaya bersiap sedia apabila Britain terkeluar daripada pasaran tunggal Kesatuan Eropah pada akhir tahun ini.



Kemelut yang semakin buruk ini tercetus selepas Encik Johnson dan presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, yang tidak sekata semasa perbincangan lewat jamuan malam di Brussels, mengisytiharkan tempoh muktamad Ahad ini untuk menentukan sama ada untuk terus berunding atau menghentikannya.



Encik Johnson menekankan beliau ingin para perundingnya "terus ke depan dan melangkah lebih jauh" untuk mencapai perjanjian minit terakhir, dan berkata beliau sedia ke Brussels, Paris atau Berlin untuk mencapai perjanjian itu.



Namun, bercakap selepas mesyuarat kabinet sebelah petang yang jarang dilakukannya, pemimpin Konservatif itu berkata barisan menterinya "sangat setuju dengan saya bahawa perjanjian yang ditawarkan pada masa ini tidak sesuai untuk United Kingdom" (merangkumi England, Wales, Scotland dan Ireland Utara).



"Jadi saya memberitahu kabinet petang ini untuk meneruskan rundingan dan membuat persiapan sekiranya tiada kata sepakat dicapai," katanya.



Nilai mata wang pound jatuh di pasaran mata wang sedang pedagang menyesuaikan kemungkinan yang mungkin berlaku selepas lima dekad perpaduan antara Britain dan tanah besar Eropah, perdagangan rentas selat akan bergantung kepada tarif dan kuota baharu pada Tahun Baru.



Britain meninggalkan EU pada 31 Januari tetapi masih dalam tempoh peralihan yang tergantung. Ia terikat dengan peraturan blok negara-negara Eropah dalam mencapai sebarang perjanjian baharu, yang berakhir pada malam 31 Disember ini.



Tanpa perjanjian pascaBrexit, perdagangan Britain dengan pasaran terbesar pada masa depan akan lebih beroperasi mengikut peraturan Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) yang dikurangkan, atau mengikut syarat Australia seperti yang Encik Johnson sebut untuk keperluan awam.



"Kita tidak akan berhenti berunding, kita akan terus melakukannya, tetapi melihat di mana saya berasa penting yang semua orang boleh bersiap sedia untuk pilihan Australia," kata Encik Johnson.



Beliau menuduh EU 'mengalih tiang gol' sejak dua minggu lalu dengan mengembalikan desakan untuk "keseimbangan", bermakna Britain perlu mematuhi piawaian peraturan masa depan yang dibentangkan oleh Brussels bagi mengelak kedua-dua pihak punya kelebihan sendiri.



Enggan melakukan demikian bermakna Britain akan berdepan dengan "hukuman, sekatan, tarif atau apa sahaja," ujarnya.



Satu lagi isu besar yang dihadapi anggota EU ialah akses pada masa depan, ke atas perairan Britain yang kaya sumber ikan, menurut Encik Johnson.



"Selepas bertahun-tahun lama setelah mengundi untuk keluar EU, kami masih belum punya kawalan ke atas perairan kami dan ini adalah sesuatu yang tidak baik. Jadi kabinet sangat bersetuju dengannya bahawa kami belum capai apa yang diperlukan," ujarnya.



Ketua perunding Britain, Encik David Frost, dan rakan sejawatan dari EU, Encik Michel Barnier, memulakan semula perbincangan di Brussels, meskipun tekanan meningkat.



Dengan kedua-dua pihak berkeras, Cik von der Leyen menggariskan pelan sokongan untuk melindung jalan raya, perjalanan udara dan hak menangkap ikan sebagai satu amaran "tidak berlaku perjanjian" untuk itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >