BRITAIN: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, menegaskan bahawa serangan ke atas Syria yang dilakukan negara itu bersama Amerika Syarikat dan Perancis, semalam, adalah perkara yang paling tepat dilakukan.
Tindak balas berupa serangan secara besar-besaran yang disifatkannya sebagai "terbatas dan bersasaran" itu didapati berjaya mengurangkan serangan rejim Syria yang menggunakan senjata kimia.