Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Britain ulangi seruan agar warga dapat suntikan

Gelombang Omicron terus landa seluruh Britain dengan lebih 78,000 kes Covid-19 kelmarin, jumlah harian tertinggi pernah dilapor
Dec 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, mengulangi gesaan agar rakyatnya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 susulan penularan varian Omicron ke seluruh negara itu.



Encik Johnson memberitahu pemberita di Downing Street bahawa kemasukan ke hospital akibat virus itu meningkat 10 peratus di peringkat nasional dari minggu ke minggu dan peningkatan hampir satu pertiga di London.



Gelombang Omicron terus melanda seluruh Britain dengan lebih 78,000 kes Covid19 kelmarin, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan.



"Kadar kes Omicron di sesetengah wilayah kini dilihat meningkat hanya dalam tempoh kurang dari dua hari dan saya bimbang kita juga melihat peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 10 peratus secara nasional minggu demi minggu dan meningkat hampir satu pertiga di London," katanya.



Encik Johnson mengumumkan lebih 78,000 kes yang disahkan kelmarin iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.



Beliau berkata semua individu yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan suntikan vaksin penggalak menjelang akhir bulan ini sebagai tindak balas terhadap varian Omicron.



Lebih 80 peratus individu berumur 12 tahun dan ke atas di Britain telah menerima dua dos vaksin dan 40 peratus orang dewasa telah mendapat tiga dos.



Cabaran UK kini adalah untuk memberikan dos penggalak kepada semua peringkat umur yang dibenarkan mengambil vaksin.



Ini akan memerlukan penghantaran 1 juta dos dalam masa sehari.



Britain merancang membuka ratusan lagi pusat pemberian vaksin untuk beberapa hari akan datang termasuk di stadium bola sepak dan padang lumba sebagai usaha memberikan suntikan penggalak secara besar-besaran berikutan lonjakan kes jangkitan Omicron.



Langkah itu dibuat selepas Setiausaha Kesihatan, Encik Sajid Javid, memberitahu Parlimen bahawa jenis jangkitan baharu itu kini menyumbang 20 peratus daripada kes Covid-19 yang disahkan di negara itu.



Agensi Keselamatan Kesihatan menganggarkan jumlah jangkitan harian kini mencecah 200,000 kes sehari.



Encik Javid berkata penggandaan kes Omicron kini berlaku setiap dua hari.



Kelmarin, penggubal undang-undang Britain bersetuju meluluskan peraturan baharu berkaitan Covid-19 bagi mengekang penularan varian Omicron.



Ia termasuk mewajibkan penggunaan pelitup di semua tempat awam tertutup di England.



Usul itu diluluskan dengan 441 undi menyokong, manakala 41 undi menolak.



Selain itu, turut dipersetujui, pengenalan pas Covid-19 ketika acara besar diadakan di England yang menerima 269 undi menyokong dan 126 undi menolak.



Ia mengehendaki bukti vaksinasi atau keputusan negatif ujian saringan Covid-19 ditunjukkan sebelum seseorang dibenarkan memasuki kelab malam atau acara yang melibatkan kelompok yang ramai dan sesak.



Namun, Encik Johnson berdepan tekanan ahli Parti Konservatif yang menentang rang undang-undang tersebut.



Ia memberi cabaran hebat kepada kuasa Perdana Menteri yang ratingnya telah menjunam susulan skandal dan dakwaan ingkar arahan sekatan yang dikenakan susulan pandemik.



Pelaksanaan peraturan-peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan minggu ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >