PEMBUNUHAN AHLI POLITIK BRITAIN
PM Cameron sifatkan pembunuhan satu tragedi
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
LONDON: Perdana Menteri Britain David Cameron menyifatkan kematian Anggota Parlimen Britain, Cik Jo Cox, ekoran ditembak semalam sebagai satu tragedi.
Menyifatkan ahli politik berusia 41 tahun itu sebagai seorang yang komited, Encik Cameron berkata mendiang juga seorang wakil rakyat penyayang yang mempunyai masa depan cerah dalam politik.