NONTHABURI: Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam menyeru negara Asean dan rakan kongsi mereka agar membantu melakar peraturan baru mengenai perdagangan sejajar dengan ekonomi digital yang berkembang pesat.
Bercakap kepada pemimpin negara di sidang puncak Asia Timur, Encik Lee berkata perdagangan antarabangsa telah menjadi pendorong utama kemakmuran dan pertumbuhan global sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.