MASALAH EKONOMI GREECE

PM Greece hadapi bantahan parti sendiri

Didakwa mungkir janji untuk henti langkah penjimatan

BRUSSELS: Perdana Menteri Greece yang berhaluan kiri, Encik Alexis Tsipras menghadapi pemberontakan dalam partinya sendiri yang berang selepas Encik Tsipras tunduk kepada tekanan Jerman bagi memperolehi pakej penyelamat yang paling luas pernah dituntut ke atas pemerintah di zon euro.

Hanya beberapa jam selepas Greece "menyerahkan sebahagian besar kedaulatannya" kepada penyeliaan luar sebagai balasan untuk menerima pakej penyelamat bernilai 86 bilion euro ($128.8 bilion), timbul keraguan sama ada Encik Tsipras berupaya mengekalkan pemerintah campurannya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan