Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee: Apec boleh tentukan hala tuju perdagangan dunia, lebih giat bentuk undang-undang ekonomi digital

Nov 18, 2018 | 03:30 PM



 



 



PORT MORESBY: Pucuk pimpinan dari forum ekonomi negara-negara di Asia-Pasifik kian diperlukan, berlatar tekanan bertambah yang menentang perjanjian berbilang negara dan perdagangan bebas, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



“Kita boleh menetapkan hala tuju dunia dan menggalak pihak lain mengikuti contoh kita dalam bekerjasama, dan bukan secara sendiri,” tambah beliau.



Encik Lee berkata demikian pada Ahad (18 November) di rahad pemimpin di ibu kota Papua New Guinea, yang sedang mengadakan sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec). Pemimpin itu berbincang tentang cabaran sejagat dan masa depan ekonomi digital di Apec.



Kata Encik Lee, Apec boleh memperluas usaha untuk membentuk undang-undang perdagangan digital progresif bagi bidang yang baru muncul dalam medan digital, seperti bayaran elektronik (e-bayaran) dan identiti digital.



Encik Lee memulakan ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada Papua New Guinea kerana menganjurkan dengan berjaya sidang puncak tahunan itu.



Kata Encik Lee, Apec dimulakan pada 1989 sebagai perhimpunan tidak rasmi oleh 12 ekonomi yang berkongsi wawasan membentuk Asia-Pasifik yang makmur, rancak dan bersepadu. Perhimpunan itu kini mempunyai 21 anggota. Tambah Encik Lee, harapan anggota Apec pada masa itu adalah supaya ekonomi mereka boleh bekerjasama dengan cara sukarela dan tanpa terikat untuk mengadakan perdagangan bebas, sesuatu matlamat yang kini telah dicapai dengan berjaya.



Tarif yang dikenakan negara-negara Apec pada masa ini bernilai adalah di kadar sepertiga tarif yang ada pada 1989, dan ini menunjukkan kemajuan dalam usaha gabungan itu untuk mencapai matlamat perdagangan dan pelaburan bebas yang ditetapkan di Bogor, Indonesia pada 1994, kata Encik Lee.



Encik Lee juga menggesa pemimpin sejawatannya untuk terus bergiata menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas di Asia-Pasifik (FTAAP).



FTAAP ialah matlamat jangka panjang untuk menghubungkan ekonomi di Lingkar Pasifik dan mengharmonikan berbilang perjanjian perdagangan bebas dua hala dan serantau.



Kata Encik Lee, Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) - yang akan berkuatkuasa pada Disember - adalah ‘perkembangan yang menggalakkan’.



Pakatan perdagangan bebas yang disemak bagi 11 negara - tanpa Amerika Syarikat - dilihat sebagai antara laluan bagi mencapai FTAAP.



Encik Lee juga mengalu-alukan beberapa inisiatif penyepaduan serantau yang boleh merapatkan hubungan di peringkat dunia.



Asean dan enam negara lain seperti Australia, China dan Jepun, minggu lalu, bersetuju mencapai perjanjian tentang Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) pada 2019 - pakatan perdagangan bebas yang dilihat sebagai satu lagu laluan bagi mencapai FTAAP.



Selain perdagangan Apec juga boleh, secara positif, mempengaruhi kemunculan ekonomi digital dunia, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >