Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee: Pemerintah serantau berusaha bantu Myanmar wujudkan semula kestabilan dalam krisis pelarian Rohingya

Mar 18, 2018 | 04:42 PM



SYDNEY - Asean dan Australia melakukan usaha terbaik membantu Myanmar mewujudkan semula kestabilan dan ketenteraman di Rakhine, Myanmar -- satu isu yang "dibincangkan secara komprehensif" di Sidang Puncak Khas Asean-Australia yang baru berakhir.



Dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull berkata pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, telah mendapatkan sokongan kemanusiaan dan pembangunan kapasiti daripada Asean dan negara-negara lain.



"Jadi, matlamat kami adalah menyokong penyelesaian masalah kemanusiaan dengan aman dan pantas - bencana kemanusiaan - yang berlaku akibat konflik, tetapi pastinya satu isu yang telah dibincangkan secara membina dalam pertemuan kami."



Kedua-dua pemimpin itu ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bahawa krisis pelarian Rohingya di Myanmar boleh menjadi ancaman keselamatan serius bagi rantau ini. Dalam satu ucapan di persidangan menentang pengganasan di luar sidang puncak khas pada Sabtu, Datuk Najib berkata: "Rakhine dengan ribuan orang berputus asa ... orang yang tidak melihat harapan masa depan akan menjadi tanah yang subur bagi radikalisasi dan rekrutmen oleh (ISIS) dan kerabatnya. "



Encik Lee berkata beliau tidak mempunyai maklumat risikan khusus mengenai sama ada terdapat kumpulan pengganas seperti yang disebut Datuk Najib, tetapi menambah: "Ini adalah kemungkinan yang anda tidak dapat ketepikan dan anda perlu terus berjaga-jaga."



"Kita semua di rantau ini akan berasa cemas jika ada ketidakstabilan, jika ada masalah di mana-mana negara anggota kita. Kami juga prihatin sebagai manusia jika ada krisis kemanusiaan yang telah berkembang membuat kebajikan, kehidupan dan keselamatan rakyat dalam bahaya, "katanya. "Dan kami berusaha sebaik mungkin membantu pemerintah mewujudkan semula kestabilan dan ketenangan."



Encik Turnbull menambah: "Kita semua berusaha menamatkan penderitaan yang sedang berlaku akbat peristiwa, konflik, perpindahan orang," katanya.



Sidang puncak khas itu berakhir Ahad dengan mengeluarkan pernyataan bersama, The Sydney Declaration (Pengisytiharan Sydney), yang menggariskan komitmen rakan kongsi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang merangkumi pelaburan hingga kepada keselamatan.



Perisytiharan itu juga menyatakan bahawa Asean dan Australia amat prihatin tentang  ketegangan di Semenanjung Korea termasuk program peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara yang mengancam kedamaian dan keamanan serantau dan global.



Ia menyatakan sokongan penuh penghapusan senjata nuklear secara aman dan mewujudkan keamanan di Semenanjung Korea dan mengalu-alukan usaha meningkatkan hubungan antara Korea.



"Kami juga mengalu-alukan Kesediaan Asean memainkan peranan membina dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di semenanjung Korea," kata kenyataan itu.



Dalam sidang akhbar itu, kedua-dua pemimpin juga mengimbas isu-isu yang dibincangkan di sidang puncak, termasuk kerjasama dalam isu-isu keselamatan dan pembangunan hubungan ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >