PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden China, Encik Xi Jinping, telah melahirkan rasa puas hati atas "kemajuan baik" projek ketiga yang diterajui pemerintah di bandar Chongqing, terutama dalam bidang perkhidmatan kewangan dan ketersambungan penerbangan.
Dalam pertemuan dua hala di bandar pesisir Hangzhou kelmarin, kededua pemimpin merujuk kepada projek dua hala sedia ada sebagai 'berkepentingan strategik'.