Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee prihatin ancaman IS di Asia Tenggara
Feb 18, 2016 | 5:30 AM
PM Lee prihatin ancaman IS di Asia Tenggara
SUNNYLANDS (Amerika Syarikat): Walaupun Asia Tenggara terletak jauh dari Timur Tengah, ancaman kumpulan militan IS atau turut dikenali sebagai ISIS adalah nyata di rantau itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Sidang Puncak Amerika Syarikat-Asean, semalam.
Beliau berkata meskipun tiada kemungkinan bagi pengikut IS menjatuhkan sebuah pemerintah Asean dan menubuhkan khalifah, kumpulan itu tentu sekali dapat menubuhkan pangkalannya di rantau ini.